FUNGSI KEMASAN LANTAI
1) Memberi dan mewujudkan suasana ceria dan penyeri di dalam sesebuah bangunan..
2) Memberi keselesaan kepada pengguna.
3) Berfungsi sebagai media kalis air.
4) Media untuk menyerap bunyi.
JENIS KEMASAN LANTAI
JEJALUR KAYU
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar kayu. papan jalur yang digunakan mestilah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang terlalu lebar akan mengecut berlebihan ketika proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. kebiasaannya jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal, dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.
PARKET
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan kepingan kayu beroti yang disusunkan seperti gambar dibawah. Kayu ini dilekarkan pada kertas selebar 300 x 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Terlebih dahulu pemukaan parket perlulah diasahkan menggunakan mesin canai sehingga rata dan licin. Apabila permukaan parket yang siap diasah atau bersih, ianya boleh dikemaskan dengan sampang, lekar, atau lilin. jenis kayu jati yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.
MOZEK
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan seperti campuran seramik, kaca, dan marmar melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300 x 300mm. Bentuknya adalah segi empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen pasir 1:3 untuk meletakan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus. Jubin mozek digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga, dan tandas.
TERAZO
Biasanya dibuat dikilang-kilang dalam bentuk kepingan yang berukuran 200mm x 200mm, 225mm x 225mm, 300mm x 300mm sehingga 500mm x 500mm. Jubin-jubin terazo ini dipasangkan di atas simen pasir 1:3, tebal jubin terazo lebih kurang 25mm. Sambungan di antara jubin-jubin terazo ini dikemaskan dengan simen putih. Jubin-jubin terazo yang dipasangkan pada satu ruang hendaklah rata dan dilicinkan dengan mesin pencalar. Bagi ruang bersempadan lantai denagn dinding kambi, terazo dibina. Kambi-kambi tersebut dibina pada ketinggian 100mm dan ketebalan 20mm. Bahagian atas kambi ini dibentuk separuh bulat.
BATU MARMAR
Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan mengguankan adunan simen. Permukan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudiannya dikemaskan dengan lilin.
JUBIN TANAH LIAT
Diperbuat daripada tanah liat semulajadin yang halus, iaitu dalam kepingan segi empat sama berukuran 75mm, 100.., 115mm, atau 150mm. Tebalnya ialah 12.5mm. Jubin-jubin ini diatur atas lapiasan setebal 20mm dan diturapkan betul-betul dengan cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang bagus dan tidak dirosakkan oleh minyak atau lemak. Ia juga tahan terhadap kebanyakan asid perdagangan asid perdagangan dan alkali. Lantainya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan, tetapi bising dan sejuk.
LEPAAN SIMEN
Bahan mentah yang digunakan untuk kerja ini simen dan pasir. Simen yang digunakan untuk kerja ini ialah simen portland. Pasir bagi kerja ini mudah didapati dari sungai dan digunakan sebagai pasir untuk lepaan.
FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN LANTAI
1) Rupa - Pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan permukaan dan bentuk adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan.
2) Kelasakan (tahan lama) - Kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu, pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik.
3) Keselesaan dan keselamatan - Ini ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak licin, dan penebat haba pengaliran.
4) Penyerapan bunyi - Kemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu pengguna-pengguna di suatu kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus, permaidani dan getah.
5) Rintangan api - Ia merupakan bahan yang tidak terbakar seperti konkrit,jubin seramaik, dan jubin bata.
6) Kebersihan - Kemasan hendaklah tidak menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia yang mahal contoh bahan kemasan seperti ini ilah jubin seramik dan terrazo.
7) Harga - Kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya dan sesuai pada semua tempat.

Lantai Jejalur Kayu |

Lantai Parket |

Mozek |

Jubin Terazo |
BATU MARMAR
Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan mengguankan adunan simen. Permukan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudiannya dikemaskan dengan lilin.
Lantai Batu Marmar |
JUBIN TANAH LIAT
Diperbuat daripada tanah liat semulajadin yang halus, iaitu dalam kepingan segi empat sama berukuran 75mm, 100.., 115mm, atau 150mm. Tebalnya ialah 12.5mm. Jubin-jubin ini diatur atas lapiasan setebal 20mm dan diturapkan betul-betul dengan cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang bagus dan tidak dirosakkan oleh minyak atau lemak. Ia juga tahan terhadap kebanyakan asid perdagangan asid perdagangan dan alkali. Lantainya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan, tetapi bising dan sejuk.
Lantai Jubin Tanah Liat |
LEPAAN SIMEN
Bahan mentah yang digunakan untuk kerja ini simen dan pasir. Simen yang digunakan untuk kerja ini ialah simen portland. Pasir bagi kerja ini mudah didapati dari sungai dan digunakan sebagai pasir untuk lepaan.
Lantai Lepaan Simen |
FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN LANTAI
1) Rupa - Pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan permukaan dan bentuk adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan.
2) Kelasakan (tahan lama) - Kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu, pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik.
3) Keselesaan dan keselamatan - Ini ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak licin, dan penebat haba pengaliran.
4) Penyerapan bunyi - Kemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu pengguna-pengguna di suatu kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus, permaidani dan getah.
5) Rintangan api - Ia merupakan bahan yang tidak terbakar seperti konkrit,jubin seramaik, dan jubin bata.
6) Kebersihan - Kemasan hendaklah tidak menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia yang mahal contoh bahan kemasan seperti ini ilah jubin seramik dan terrazo.
7) Harga - Kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya dan sesuai pada semua tempat.
DOAKAN SAYA SEMOGA JADI ARCHITECTURE YANG BERYAJA DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN
ReplyDeleteamin
ReplyDelete